Sunday, December 11, 2011

Gambar gerhana bulan penuh semalam - 10 Disember 2011


Sumber: Utusan Malaysia Online

The real 'Angry Bird'


Friday, December 9, 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Mulai Sabtu, 7.34 Malam Hingga Ahad, 1.30 Pagi

Satu progam khas, "Program Gerhana Bulan Penuh" anjuran Agensi Angkasa Negara bertempat di Planetarium Negara. Orang ramai di jemput hadir. Boleh bawa teleskop sendiri.



KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari pukul 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

"Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca," katanya ketika dihubungi Bernama.

Redzuan berkata orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, 'Lunar Malaysia Eclipse'.

Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata umat Islam digalak menunaikan solat sunat Khusuf atau solat sunat gerhana bulan sempena fenomena tersebut.

Beliau turut meminta masjid dan surau di seluruh negara agar melakukan solat sunat khusuf secara berjemaah esok disertai khutbah gerhana bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

"Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang-jarang berlaku di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata masjid utama seperti Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu negara serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat gerhana pada 9 malam selepas solat Isyak.

Selain itu aktiviti cerapan juga akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, katanya.

-- BERNAMA

Pencen dan bayaran khas kepada pesara 16 Disember

KUALA LUMPUR: Pembayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua akan dibuat pada 16 Disember ini sempena sambutan Krismas.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhdimatan Awam, hari ini, penerima yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan bayaran khas berkenaan di bank-bank yang terbabit pada tarikh berkenaan.

Bayaran khas sebanyak RM500 itu pula akan dikredit terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B.

"Dengan itu, penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank bagi mengeluarkan RM500 itu," kata kenyataan itu.

Bayaran Khas Pesara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau membentangkan Belanjawan 2012, Oktober lalu.

Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 17 hingga 31 Disember boleh menunaikan waran mereka mulai 16 Disember.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada Pusat Panggilan Setempat di talian
03-88854906/4475/4476/4478/4479. - BERNAMA

Thursday, December 8, 2011

Carian Paling Popular & Paling Pantas Meningkat Di Malaysia 2011 - Di keluarkan oleh Google


 Google Malaysian Zeitgeist: Carian Paling popular & Paling Pantas Meningkat 2011

Carian paling pantas meningkat - umum
1. Facebook
2. Angry Birds
3. Maharaja Lawak
4. iPhone 5
5. Samsung Galaxy
6. iPad2
7. Jawatan kosong
8. Android
9. Tonton
10. Aishiteru

Carian paling pantas meningkat - manusia
1. Bruno Mars
2. Hana Tajima
3. Cikgu Shida
4. Avril Lavigne
5. Anwar Ibrahim
6. Fatin Liyana
7. Justin Bieber
8. Rihanna
9. Ustaz Kazim
10. Hanis Zalikha

Carian berita berkaitan tertinggi
1. ipad 2
2. Malaysian grand prix
3. Kennedy space center
4. Kentucky derby
5. Japan nuclear crisis
6. MTV movie awards
7. Michael Jackson funeral
8. Malaysian open
9. Thailand flood
10. Malaysia budget 2012

Carian imej paling popular
1. Justin Bieber
2. Background designs
3. Fixie bike
4. Domo Kun
5. Monster energy
6. Supra shoes
7. Jules Verne
8. Smiley face
9. Kartun muslimah
10. Chelsea Olivia

Carian ‘what is...’ tertinggi
1. what is bersih
2. what is g6
3. what is ppvrip
4. what is ipad
5. what are words
6. what is jailbreak
7. what is android
8. what is lmao
9. what is hacking
10. what is information

Carian program TV tertinggi
1. ANTM (American Next Top Model)
2. x factor usa
3. american idol 2011
4. amazing race 18
5. tvb drama 2011
6. nagamma serial
7. supernatural
8. bones season 7
9. Al Jazeera
10. My Princess

Carian destinasi perjalanan antarabangsa tertinggi
1. Kowloon/Hong Kong
2. Su Mei Island, Thailand
3. Phuket Island
4. Bangkok
5. Maldives
6. Disneyland Hong Kong
7. Taipei
8. Paris Disneyland
9. New York
10. Caribbean

Top blogs
1. Blog Serius
2. Beautifunara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari ngeri
8. Malaymoviesfull
9. My Resipi
10. IniBelogSaya


Sumber: http://www.thesundaily.my/news/231625

Adegan yang di potong dalam filem 'OMBAK RINDU"

Mesti sekarang orang tengah gila layan filem Ombak Rindu lakonan hebat pelakon Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan banyak lagi. Filem ini sama hangat sambutannya dengan peminat peminat bolasepak yang sekarang tengah gila melayan Champion League. Babak babak adegan filem OMBAK RINDU yang dipotong ini membuktikan bahawa bolasepak sentiasa mempengaruhi kehidupan kita :)





ps: Sapa la yang rajin buat semua ni...hehhe hehhe

Photo eksklusif David Beckham mangsa banjir


BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500


TALIAN HOTLINE : 1-800-222-500 UNTUK BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

Kementerian Kewangan Perjelas Status Ketua Keluarga Layak Terima BR1M RM500
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Kementerian Kewangan Rabu menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya setiap anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan.

"Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang," katanya dan menekankan "hanya ketua isi rumah sahaja yang layak untuk memohon."

Kementerian Kewangan telah membuka Bilik Gerakan untuk operasi Talian Hotline BR1M 1-800-222-500 bermula hari ini bagi memudahkan orang ramai mendapat penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan BR1M.

Talian Hotline ini beroperasi setiap hari bekerja, mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Dis ini hingga 10 Jan, 2012.

Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar-akhbar tempatan, katanya.

Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji (jika berkenaan) dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Kementerian juga akan membuka pendaftaran di sekolah-sekolah terpilih, dewan-dewan komuniti serta dewan-dewan orang ramai yang berdekatan, dengan dibantu oleh petugas sambilan bagi mempastikan kelancaran proses pendaftaran.

Untuk tujuan ini, kerajaan melantik seramai 2,000 petugas sambilan bagi membantu dalam urusan pendaftaran permohonan di seluruh negara.

Pemohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

-- BERNAMA

Banglo Apek Khairul Fahmi Che Mat - Hadiah dari Kerajaan Kelantan


Bestnya dapat banglo :)

KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.

“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.

mymetro


Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera dihentikan sementara

GEORGE TOWN: Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera akan dihentikan sementara selama tujuh hari mulai 9 Jan depan bagi tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan.

Pengurus Pemasaran dan Promosi Bahagian Perbadanan Bukit Bendera Anne Goh berkata operasi kereta api berkenaan akan berjalan seperti biasa selepas penyelenggaraan tahunan itu.

"Orang ramai atau pelawat boleh memilih untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Track Jeep dari Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki yang sedia ada untuk ke Bukit Bendera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai juga boleh melayari laman web www.penanghill.gov.my bagi menyemak jadual dan sebarang perkembangan terkini mengenai perkhidmatan kereta api itu. - Bernama

Wednesday, December 7, 2011

Tambang AirAsia cuma 10 sen


KUALA LUMPUR: AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan tambang perjalanan sehingga serendah 10 sen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, bermula tengah malam hari ini.

Tambang perjalanan itu adalah bagi kira-kira 80 destinasi domestik dan antarabangsa termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Jakarta, Bali, Medan, Bangkok, Hat Yai, Phuket dan Hanoi.
 
"Tahun ini sudah tentunya merupakan tahun yang menakjubkan bagi kami.

"Kami bangga kekal sebagai pilihan paling popular di kalangan pelanggan selama 10 tahun sekarang dan kami akan terus melakukan yang terbaik untuk tahun-tahun akan datang dengan menyediakan 'Pengalaman AirAsia' yang menarik kepada setiap orang menerusi tambang murah yang hebat," kata Ketua Serantau bahagian Komersil AirAsia, Kathleen Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Tempoh tempahan adalah bagi empat hari sehingga 11 Disember, 2011, bagi tempoh perjalanan bermula 1 Julai hingga 27 Oktober, 2012.

Tan berkata, selain daripada tambang yang luar biasa murah ini, ia juga akan mengurangkan fi pemprosesannya yang terpakai bagi semua urus niaga dalam talian yang dibuat menerusi kad kredit atau kad caj di laman web daripada RM8 setiap pelanggan bagi setiap sektor, kepada hanya RM5 setiap pelanggan bagi setiap sektor.

Beliau berkata urus niaga debit langsung masih terus percuma dengan tujuh rakan kongsi banknya di Malaysia.

Tambang itu yang bagi perjalanan sehala sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api dan fi/bayaran tidak wajib lain. - Bernama

INTIPATI PELAKSANAAN SBPA PERKHIDMATAN AWAM


Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
  1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
  2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
  3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
  4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;
  5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
  6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
  7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
  8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
  9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
  10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
  11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
  12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
  13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
  14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
  15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
  16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
  17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
  18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
  19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM).
Sumber: http://docs.jpa.gov.my/Intipati_Pelaksanaan_SBPA.pdf

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka di Kodiang, Kedah

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kini telah dibuka di Kodiang, Kedah. Jadi orang orang sana boleh la beli barang kat situ. Harga..ntah la? Dalam TV dok kata harga berpatutan la..harga murah laa...tapi dalam TV bukan boleh percaya sangat. Jadi jalan terbaik, kalau ada masa boleh la pergi dan beli sendiri. Kemudian buat penilaian sendiri. Selamat membeli belah di KR1M Kodiang :)




Tonggak Kedah Baddrol Bakhtiar akan berhijrah ke kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya?

 
KUALA LUMPUR - Tonggak pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Baddrol berkata, tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikan kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.

"Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan.

"Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini," katanya selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA XXVI dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini semalam.

Turut serta ialah enam lagi pemain iaitu Mohd Muslim Ahmad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Asraruddin Putra Omar dan Mohd. Irfan Fazail.

Pemain kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan berkata, dia mahu mengikut jejak langkah Safee Sali, yang bermain dalam kelab yang sama yang berpangkalan di Jawa Barat.

"Ia memang tawaran yang terbaik bagi saya untuk mengembangkan pengalaman dan saya telah mendapat nasihat daripada Safee.

"Banyak kata-kata positif yang dia berikan kepada saya untuk beraksi bersama pasukan luar negara," katanya.

Beliau berkata, sekiranya masih bermain dengan pasukan Kedah musim depan, beliau menyasar untuk membantu Kedah menduduki kelompok lima terbaik dalam Liga Super.

"Perancangan bersama Kedah semestinya yang terbaik akan saya lakukan bagi memartabatkan sekurang-kurangnya satu piala dibawa pulang ," katanya. - Bernama

Nazmi Faiz Mansor bermain untuk Real Madrid?

Pemain sensasi Malaysia, Nazmi Faiz Mansor di intai kelab Real Madrid?



Sunday, December 4, 2011

EURO 2012 UKRAINE-POLAND


EURO 2012 akan berlangsung di 2 negara iaitu UKRAINE dan POLAND.

Keputusan Undian dan 4 kumpulan.

Group A: POLAND GREECE. RUSSIA, CZECH REPUBLIC

Group B: NETHERLANDS, DENMARK, GERMANY, PORTUGAL

Group C: SPAIN, ITALY, REPUBLIC IRELAND, CROATIA

Group D:  UKRAINE, SWEDEN, FRANCE, ENGLAND

*2 pasukan teratas dalam Kumpulan layak ke suku akhir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may